9.10.18

PERLANTIKAN TINGKATAN 6 PRAUNIVERSITI 2018





APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) merupakan satu sistem yang diguna oleh guru-guru untuk merekodkan kehadiran murid setiap hari ke sekolah. Laman ini diwujudkan sebagai saluran maklumat dan tempat perbincangan berkenaan system APDM.
apdm 2018
eKehadiran

Modul Pengurusan Murid (APDM)
apdm.moe.gov.my
apdm nkra








PERLANTIKAN TINGKATAN 6 PRAUNIVERSITI 2018
PELANTIKAN TINGKATAN 6 PRA UNIVERSITI 2018

Salam Muafakat Ting 6.
Saya, ABD RAHIM ABDUL RAHMAN, adalah pegawai yang menguruskan pengurusan tingkatan enam negeri Johor yang baharu, menggantikan En Yusof Bin Dawam. 

Group ini ditubuhkan supaya setiap sekolah tingkatan enam akan mendapat maklumat terkini dari BPSH, BPSM, JPN dan PPD secara hands on. Justeru itu, sebagai orang baharu dalam keluarga PKT6, saya ingin memohon kerjasama dari semua PKT6 agar pengurusan tingkatan enam di sekolah tuan-puan dapat berjalan dengan lancar.

Saya akan tubuhkan bagi setiap daerah - satu group untuk semua pkt6 dan jika perlu saya akan masukkan sekali pegawai ppdm (murid) supaya setiap maklumat dapat sampai ke akar umbi dan setiap masalah yang berlaku di sekolah dapat dibantu oleh PPD dan JPN.

Info pertama 
Berkenaan opsyen guru-guru ting 6 kita. Perlu diingatkan bahawa ting 6 berbeza dengan arus perdana kerana waran guru tingkatan 6 adalah berdasarkan subjek yang diajar. Subjek tersebut pula mestilah dari opsyen yang sama. 

Contoh, opsyen TESL, di tingkatan 6, guru TESL hanya boleh mengajar MUET sahaja. Tidak boleh subjek lain. Mana-mana guru tingkatan 6 yang mengajar subjek tingkatan 6 yang bukan opsyen akan menghadapi masalah semasa lantikan kerana BPSM akan kuiri. Kasihan guru itu akan tidak dilantik dan BPSM tidak akan memperakukan guru tersebut sebagai guru akademik ting 6. 

Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelonggaran yang telah dikeluarkan oleh Sektor Operasi pada 18 Oktober 2016 dimana untuk subjek PA jika guru tersebut bukan opsyen PA tapi dah mengajar melebihi 5 tahun, guru tersebut boleh dilantik (special case). 

Bersama ini saya lampirkan surat tersebut untuk rujukan semua pkt6 negeri johor. Sebarang isu jika ada, boleh hubungi saya terus dalam group ini atau p.m tepi.

Info ke-2.
Berkenaan guru yang belum dilantik. Data dari eoperasi kutipan ogos 2018 setelah dianalisis, dapatan data menunjukkan seramai 252 org guru ting 6 seluruh negeri johor belum dilantik. Bila dicerakinkan terdapat guru yang gred 44 hingga 48 dan telah mengajar melebihi 3 tahun. Walau bagaimanapun apabila saya rujuk dengan pihak bpsm, data mereka pula hanya 81 orang guru yang belum dilantik. Setelah berbincang bersama pihak bpsm dan pengurusan atasan jpnj, pihak sps (saya) akan buat "pembersihan data guru belum lantik". Lanjutan dari itu berikut adalah tindakan yang wajib pihak sekolah lakukan.

1. Buat permohonan semula untuk guru belum lantik ke sps (saya) secepat mungkin. Lagi cepat hantar, lagi cepat saya urus.

2. Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan sijil yang menunjukkan opsyen yang telah disahkan oleh pengetua. Contoh sijil diploma pendidikan @ apa sahaja evidens yang sesuai.

3. Nanti saya sertakan contoh borang permohonan cadangan lantikan guru ting 6.

Ada 2 worksheet...
1. untuk sekolah isi.

2. cara contoh nak isi... harap dapat membantu rakan-rakan semua.

Lampiran di link ini, sila klik: